Tuesday, April 26, 2011

Owh Banner!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Mcm bese la tiap cuti sem pasti ade aktiviti SUKSIS...
Aktiviti2 cuti sem mmg dah termaktub kat kitab silibus SUKSIS...
Cuti sem1 prgi Kursus Etika n Integriti
Cuti sem2 plak prgi Kursus Polis PGA
Cuti sem3 kene prgi Kursus Polis Marin (PGM)
and akan dtg ni plak kene prgi Program Kemasyarakatan dan Anak Angkat...

So...

Untuk program kali ni aku dilantik tuk mnjadik Ketua Biro Publisiti...
Publisiti??
ape biro ni kene buat erkk??
Setelah beberape meeting AJK dibuat
Ketua Pogram mntak aku men'design' banner...

Aiyakkk!!!
Aku ne la gheti design2 ni...
Tngan aku pon tak de art la...
Lg2 kene pakai adobe photoshop...
Mane la aku gheti!!
Mampuih nak design camne...
Naseb bek aku dianugerahkan pembantu yg serba serbi pndai design mendesign gune photoshop...
Selamat aku...hehehe

So...
Aku ngan pembantu aku ni pon carik la gambo2 yg sesuai nk letak dlm banner tu
Setelah berjam2 mendesign.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NI LER HASIL NYERRR.....

design pertama




design kedua



Mgkin bg kowg2 yg tngan penuh ngan sentuhan art tu tgk design ni tak berapa 'cute'
Tapi bg aku ni la yg terbaekkkkk yg mampu dibuat...

THANKSSSS!!
To Pejai Kisasi yg bertungkus lumus mnyiapkan design banner ni..

Esok nak jmpe KJL nk tnjuk design nie....
Doakan la ye yg design ni tak di reject!!

Sbb malas nak ngadap mende ni lg...
Study pon tak lg ni...
uhuhuhuhu....




Thursday, April 21, 2011

Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Mgkin ramai di antara kita yg mana bkn dikalangan warga Johor tidak mengetahui tentang kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN) atau bahasa jawanya Johor Military Forces (JMF)..hehehe..Malah ada juga warga Johor yg langsung tidak mengetahui kewujudan pasukan ini.... Buat pengetahuan anda semua, TSN @ JMF tlh ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 utk memenuhi syarat Perjanjian Setia 1885....

Almarhum Sultan Iskandar
Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada 1886 dengan kompeni percubaan 60 anak Melayu Johor dan 20 orang askar Punjabi. Anggota Melayu dilatih sebagai askar Infantri sementara anggota Punjabi dilatih sebagai anggota pasukan artileri. Seorang pegawai tentera Inggeris bernama Kapten Newland dilantik sebagai pemerintah pasukan. Orang Melayu yang pertama sekali diberikan tauliah sebagai pegawai ialah Kapten Daud bin Sulaiman. Askar Timbalan Setia Negeri telah diberi panji-panji DiRaja pada 11 Mei 1916.

Sultan Ibrahim memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatan TSN @ JMF bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriam dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.

Pasukan TSN
Ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama, Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura pada tahun 1915. Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.
Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor juga telah menghantar kontinjen seramai 2 orang pegawai berserta 100 orang anggota ke Berek Tanglin di Singapura untuk membantu mengawal keselamatan di Singapura. Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura. Pasukan ini juga memberi bantuan menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat Perang Dunia Pertama.
Selain memberikan bantuan kawalan keselamatan di Singapura, Pasukan Askar timbalan Setia Johor juga memberikan kawalan keselamatan laluan perhubungan di kawasan-kawasan Mersing, Kluang dan Batu Pahat termasuk pangkalan udara di Kluang (kini menjadi pangkalan utama Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia).
Tengku Mahkota Johor
Ketika Perang Dunia Ke-2, Askar Timbalan Setia Johor tidak dikerahkan oleh Markas Gerakan Tanah Melayu di bawah pimpinan Lt. Jen. A. E. Percival sebagai sebahagian daripada pasukan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Apabila pasukan Tentera Jepun memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor bahru, pasukan Askar Timbalan Setia tidak memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang Tentera Jepun.

Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :

1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Pasukan TSN
2. Tun Hussein Onn, Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail, Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

4. Dato Onn Jaafar.

Pasukan TSN 
5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Negeri Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri dan Sultan Johor merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Sesungguhnya, rakyat Johor harus berbangga kerana negerinya mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri tersendiri selain daripada Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.....


(Gambar Sultan Ibrahim bersama pegawai dan askar Timbalan Setia Negeri Johor)


I'M PROUD TO BE JOHOREAN!!!! =)

Mole People Mirip Yakjuj & Makjuj

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


gambar hiasan

WASHINGTON: Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.



DARI SURAH AL-KAHFI:


Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firmanNya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadaMu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya". Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi dan kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.


"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh membuat kebaikan terhadap mereka". Berkata Zulkarnain: "Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya." (ayat 83 hingga 87)


Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: "Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?"


Zulkarnain berkata: "Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi."


Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: "Tiuplah (api itu)." Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu."


"Maka, mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku. Dia akan menjadikannya hancur luluh: dan janji Tuhanku itu adalah benar." (ayat 92 hingga 98).


Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat...Apakah Mole People ini yang dikatakan sebagai YAKJUJ & MAKJUJ yang diceritakan di dalam AlQuran?

Kalau la ia nya betuL, maka bersiap sedia la Umat Islam berhadapan dengan makhluk ini dan berhadapan dengan AL-MASIH DAJJAL LAKNATULLAH!!!
Bersiap sedialah kita dengan berpegang teguh kepada AlQuran dan Sunnah...
Dunia dah hampir kepada penghujungnya...

Wallahualam......

Ada apa dengan ApriL ?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Bila sebut pasal April owg msti duk ingat April fooL..
Tapi bg anak2 yg berada di IPTA,
Bulan April adalah bulan yg paling memenatkan...
Bulan yang paling men'tension'kan...
Bulan yang paling menyesakkan...
Bulan yang paling mem'bz'kan...
Bulan yang penuh ngan presentation....
Bulan yang penuh ngan report assignment nk submit....
Bulan yang penuh ngan quiz dan test...
Bulan yang penuh ngan tak tidur malam...
Bulan yang penuh ngan mcm2 lg la...

Dan...

Bulan April jgk la terdapatnya 'study week'...
minggu yg diperuntukkan untuk student2 study balik ape yg telah dia pelajari...

Lepas 'study week'?

FINAL EXAM!!!!

arrggghhhh!!! tension nye... 

Jangan tension2 ye...
InsyaAllah boleh buat n boleh jawab...
sekiranya kita...
BERUSAHA
BERDOA
BERTAWAKKAL
BERSERAH PADA-NYA


"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR IPTA DI SELURUH NEGARA"


*gambo - jai a.k.a sipot sedut..^_^


10 Pembasuh Dosa dan Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a berkata: 'Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi...

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak. Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya. Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati?"

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:

1. Ambillah akar pohon fakir, bersama akar-akar pohon tawadhu'(kerendahan hati)
2. Campurkan padanya tumbuhan taubat.
3. Taruhkan ke dalam bekas keredhaan.
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah.
5. Masukkan dalam kuali taqwa.
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu.
7. Didihkanlah dengan api mahabbah.
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur.
9. Kemudian, kipaslah dengan kipas harapan.
10. Lalu minumlah dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan sembuh bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat.

Sunday, April 17, 2011

Kawan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Khas buat teman2 seperjuangan di sekolah dan di menara gading......


Kawan....apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan....apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih

Kau....pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka bercinta

Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita dibangku sekolah lagi....

Hei!! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei!! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita tak kan rugi....

lagu berupa nasihat yg berguna tuk kita sbg anak muda yg masih belajar....=)

Kemenangan Untuk Orang-Orang Yang Benar

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Sebentar tadi telah selesai nye Pilihan Raya Negeri Sarawak
Keputusan undi juga telah diketahui
Alhamdulillah, kebenaran telah terbukti setelah byk fitnah yg dilemparkan
Barisan Nasional dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri
Dato' Sri Najib Tun Razak
telah memnangi 2/3 kerusi DUN di Sarawak
Barisan Nasional menguasai 55 kerusi
DAP 12 kerusi
PKR 3 kerusi
Bebas 1 kerusi
PAS 0 kerusi

TAHNIAH buat BN Sarawak dan semua yg bekerja keras membantu jentera BN di Sarawak.
menuju ke PRU 13 mudah-mudahan BN dpt merampas semula kesemua negeri yg jatuh ketangan pembangkang semasa PRU 12

-ALLAH BERSAMA2 ORANG YG BENAR-

*OMEGA @ KY Jelly tak leh lari lg dah...Hotel Sg, Buloh sedang menanti...=)

Saturday, April 16, 2011

OPKIM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Mu twu dop OPKIM tu apo? huhuhu.. OPKIM tu Operasi Khidmat Masyarakat...and baru2 ni gak fakulti FBM UiTM shah alam anto semua dak2 part 4 tuk p OPKIM ni...trmasok la aku ni ha...maleh toi aku nak p mende ni..lg2 ngah byk assignment nk di settle kan...bila dpt twu mende ni wajib n sape tak p kene tndakan tatatertib, aku ngan rela pakse nye p jela OPKIM ni... program ni brlangsung slame 3 hari dri 18 smpai 20 mac..

OPKIM ni kitowg 1 kelas prgi Kg. Sapintas ,Sabak Bernam... smpai2 je dh malam...sunyi n menakutkan jek..ahahaha... kat sane kitowg disambut ngn ala kadar je almaklom la dh mlm..tp kitowg tak kesa pon...^_^..
pastu bermula lah mjlis bla bla bla a.k.a perasmian yg agak bosan...hehehe, last skali kitowg diserahkan pd mak abah or keluarga agkat masing2...aku ditempatkn brsama dua owg lg kwn aku abg Lan n abg Amir(abg ler sgt!!) ahahaha.... wah!! aku dpt abah seorg bilal masjid...huhuhu, msti hari2 kene cramah je ni...ahahaha...tp bile dh duk borak2 ngan abah n mak, ghope nye pale diowg pon giler2...tak la giler cam owg 'tj butan' sane..tp diowg pon kuat gurau n suke gelak..terhibur aku dibuat nye...

Kat umah tu makan jgn cakap la, byk n nak meletop peghot ni...lg2 si amir naik bonchet peghot dia 2...ahahaha...pastu 1st time dengo nama makanan 'SABELLA'...dia cam jempot2 gak tp ubi n klape digoreng kot...=D..SEDAPP!!!!

Lau nak tulis lg ni tak ckop 1 page... so, nak di pendekkan ceghite, moh jela kter nengok2 gambo kat sane ye!! =)

HARI PERTAMA 18th March 2011:

ngah tggu bus!! =)

tak sabo nk jmpe family agkat ni..-_-"



sampai dah.....^_^

acara perasmian..

wajah2 sugul n kepenatan..=D


ehem...ehem...pilih mane 1 yg anda mahu!! =P

HARI KEDUA 19th MARCH 2011:

bebudak SK Sapintas...kecik2 je same cam aku!! =)


barisan kabinet bayangan...oppss!! barisan fasi2 uitm s.a

oit!! dak skola rendah pon kau nk ngayat ke??

name abg ialah encem...oppss!! telebey suda~~

sdg kusyuk mendengo cerita dri anak2 buah...

ngah ajo tarian kain batik kain pelikat JYC!!

salah tu!! abg ajo lain dia wat lain lak!!

ape la yg bebudak ni lukis..-_-"

dekorasi taman SK Sapintas..huhu


ngah protes beramai2..=D

mesyuarat tergempau...

tarian kain batik kain pelikat oleh group JayaCha!!

hungga!! hungga!!

jejaka rebutan gadis2 Kg Sapintas..=D


kegilaan terpancar di wajah mereka2 ini...=D

peace!! =)



mabok ape fasi dua org ni?? huhu

ronda2 kampong


mat rempit Kg.Sapintas





apa bikin dua wolang tu ha??

baris...baris sdia!! 

kanan lagi..1, 2, 3.......

encem kan sy? =)

aku paling gagah di alam semesta!!


fuh!! fuh!! aiyakkk~~

sedap nye jemput2 yg lom goreng ni..nyam3

perhimpunan haram membantah pertuduhan liwat....oppss!!


nah amek la belon ni...

ek eleh, anak buah aku lg hebat la!! 



oit2!! laki same laki pon jadik pe?

bile la bebudak ni nak smpai...-_-"

ape men pusing2 ni kat blakang abg ni??


menung jaoh nmpak?
MALAM KEBUDAYAAN:




joget retro!!

hah!! masak..tarian India plak dh...







wajah anak2 didikan fasi2 uitm:






team ni terbaeeekkkk!! =)




HARI KETIGA 20th MARCH 2011:

lunch di rmh cikgu...

sungai sempadan selangor n perak...


bye...nak p nangkap ikan..


hurmmmm...






rambutan!! nyam3..


gaya terbaru modeL muslimah kelas BM216 4B

meleleh ayo liyo nengok pau ni...





minah rempit...


Wajah2 yg akan dikenang smpai bila2.....





















 dan.......... ^_^



SEMUGA KETEMU LAGI WARGA KG. SAPINTAS 4 SABAK BERNAM...=)