Friday, January 14, 2011

Kor SUKSIS ??? menatang pe 2 ???

Assalamualaikum W.B.T

Ramai yg tertanya2 ape natang nye kor SUKSIS tu....nak habaq cket na kor SUKSIS ni cme ade kat IPTA seluruh negara.... tp yg pelik nye bile ditanya sengsowang pelajo2 kat IPTA ni ape 2 SUKSIS, kebanyakan nye tak twu.....diowg pon tertanya2 ape 2 SUKSIS....padahal SUKSIS ni dah wujud lbh kurang 7 tahun yg lalu....bile kite tanya diowg ni twu tak PALAPES 2 ape? uikkkk!! diowg twu plak....mgkin SUKSIS ni tak brape nak menonjol mcm PALAPES....PALAPES terkenal sbb diowg slalu memekak bising petang2....ahahaha........kalau SUKSIS plak kite lbh kpd low profile...chewahhh!!!
Kat sini aku nak bgtwu la ape tu Kor SUKSIS.....bwt mereka2 yg tak twu jek...yg twu tu diam2 jela....tp kalau nak bwt2 tak twu bole jgk.......=D


Kor SUKSIS ni singkatan kepada Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi..... Kor SUKSIS di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Abdullah b Ahmad Badawi semasa lawatan beliau ke Universiti Utara Malaysia, Sintok (UUM) pada 4 Februari 1999.....ketika itu Tun Abdullah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri....Beliau menyarankan supaya diwujud kan satu lagi pasukan beruniform " ALA POLIS " seperti "PALAPES " sebagai pemangkin kepada membentuk sahsiah dan pembangunan siswazah yang bakal menjadi pelapis pemimpin masa akan datang.....

Penubuhan Kor SUKSIS adalah di bawah peruntukan undang2 mengikut Akta Polis 1967.... Penubuhan Kor SUKSIS ini adalah untuk mengisi kekosongan dari segi penglibatan orang ramai di dalam PDRM yg mana telah diisi oleh Kor Kadet Polis (Sekolah Menengah) dan Sukarelawan Polis (PVR).....Konsep penubuhan Kor SUKSIS ini adalah bagi memberi didikan kpd golongan2 pelajar2 IPTA secara informal dan didedahkan dgn latihan2 kepolisan yg boleh membentuk sahsiah diri dan jati diri dalam aspek kepimpinan dan mengikut acuan Polis Diraja Malaysia.......Pelajar yg berjaya mengikuti latihan selama 3 tahun @ sehingga habis silibus, pelajar itu layak ditauliah kan sbg INSPEKTOR SUKARELAWAN POLIS....



bApAk pOLisiK UiTM
KELAYAKAN


    •  Mahasiswa Tahun Pertama Pengajian Ijazah
    • Warganegara Malaysa
    • Tinggi tdk kurang 1.62cm bg lelaki dan 1.52cm bg wanita
    • Berat badan sekurang kurang nya 48kg bg lelaki dan 43kg bg wanita
    • Ukuran dada yg biasa sekurang kurang nya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas
    • Daya penglihatan V/6/9 bg kedua2 belah mata
Kursus Asas PGA


Kursus Asas PGM


KEMUDAHAN

  • Anggota-anggota Kor SUKSIS akan diberi kemudahan seperti berikut :-
    • Kemudahan pakaian seragam PDRM
    • Elaun Latihan dan Tugasan - RM 4.00 x 1jam
    • Elaun Tahunan (Bounty) -    Saguhati penuh - RM 520.00  (Latihan melebihi 380jam), Saguhati tiga suku - RM 390.00 (Latihan 240jam - 379jam),                                                                                            Saguhati separuh - RM 260.00 (Latihan 120jam – 239jam)
    • Ko-Kurikulum (dikira 6 jam kredit)
    • Latihan Asas kepolisan (Inspektor)
    • Penginapan di Kolej secara percuma
    • Perlantikkan sebagai Inspektor Sukarelawan semasa pentauliahan




LATIHAN

    • Latihan Asas Kepolisan
    • Kelas Undang-Undang 
    • Latihan menembak (Revolver .38 & M16)
    • Kawad kaki
    • Lawatan sambil belajar
    • Kursus Asas Pasukan Gerakan Am
    • Kursus Asas Pasukan Gerakan Marin
    • Program Anak Angkat
    • DLL
haaa tu la dia Kor SUKSIS...... =)
wassalam~~~


*PALAPES = PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN
                      (askar wataniah)

1 comment: